Ops HARA | 35,618 pemandu langgar had laju

2022-05-07 0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HARA) setakat semalam.

JPJ di laman Facebook rasminya malam ini memaklumkan sepanjang tempoh itu sebanyak 4.7 juta kenderaan telah dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara sepanjang tujuh hari operasi berkenaan dijalankan bermula 29 April.